Flow website sifu Photoshop



Terdapat 5 page pada website sifu photoshop iaitu laman utama, tutorial, galeri, muat turun dan hudungi kami.
Method 

Kitaran hayat pembangunan perisian datang dengan standard yang telah ditetapkan memenuhi keperluan pembangunan sesebuah web. Laman web juga dibangunkan dengan kaedah-kaedah yang tertentu dengan beberapa perubahan dalam proses pembangunan yang sedia ada. Antara kaedah yang telah dilaksanakan dalam pembangunan projek laman web Sifu Photoshop adalah seperti berikut.
 

1. Analisis dan Perbincangan

Antara perkara yang dititikberatkan dalam fasa ini ialah analisis pengguna yang akan menggunakan laman web ini. Mengikut analisa yang telah dijalankan oleh kami, laman web ini dapat membantu golongan "beginner" dalam menggunakan perisisan Photoshop CS5. Sasaran pengguna untuk laman web pembelajaran Adobe Photoshop ini adalah golongan remaja hingga dewasa. Isi kandungan laman web pembelajaran ini lebih tertumpu kepada pelajar sekolah, universiti serta pekerja yang ingin mempelajari dan mendalami ilmu berkaitan photoshop. Pengguna boleh melayari tutorial serta muat turun berbagai jenis "font" dan "brush" dari laman web ini. Tutorial yang akan dibangunkan ialah berasaskan video dan tutorial bacaan bagi memudahkan pengguna memahami. Pengguna juga boleh mengemukakan cadangan atau permintaan untuk tutorial yang mereka inginkan daripada pihak Admin laman web Sifu Photoshop.



2. Rekabentuk Laman Web dan Pembangunan

Selepas menerima cadangan dan feedback dari pengguna, antaramuka laman web mula direka bentuk dan dibangunkan. Storyboard ialah hasil kasar menunjukkan bayangan tentang laman web yang akan dibangunkan. Untuk laman web Sifu Photoshop, kami menggunakan warna tema Biru dan Hitam serta font Tribuchet sebagai font utama laman web kami.


3. Penulisan kandungan laman web 

Dalam fasa ini, segala kandungan laman web akan dibangunkan seperti halaman utama, tutorial video, tutorial bacaan, kandungan yang boleh dimuat turun, dan laman cadangan dan permintaan. Penulisan kandungan ini dilakukan dalam perisian Adobe Dreamweaver.


4. Coding Laman web

Sebaik sahaja kerja-kerja menulis kandungan selesai tugas seterusnya di tangan adalah Coding Laman Web. Sekarang adalah masa untuk pengaturcara laman web untuk menambah kod di dalam laman web tanpa mengganggu reka bentuk. Dalam laman web ini, pengaturcara akan menambahbaik kandungan laman web dengan fungsi-fungsi yang tertentu pada laman tertentu. Database juga dimasukkan ke dalam laman web.



5. Percubaan laman web

Dalam fasa ini, laman web yang telah dibangunkan diuji keberkesanannya. Coding yang telah dilaksanakan diuji supaya tiada error.


6. Pengujian dan Penyelenggaraan

Analisis dilakukan sekali lagi, dan ulang semua pembangunan langkah-langkah kitaran hayat laman web. Laman web diselenggara dan segala update terbaru akan dimasukkan dan dipaparkan mengikut turutan tarikh.

Video Tutorial CS5

https://www.youtube.com/watch?v=6idvDikh-vM

https://www.youtube.com/watch?v=gsazWnjBmmE

https://www.youtube.com/watch?v=lOOcJI9slu8

https://www.youtube.com/watch?v=z_t4Xwq5EUI

https://www.youtube.com/watch?v=HN0PUdWcPKs

Beberapa TUTORIAL Telah Mula Dimasukkan

Berikut adalah antara tajuk-tajuk tutorial 
yang ada dalam laman web Sifu Photoshop :


Tutorial 1 :
Tutorial Untuk Memasukkan / Menampal Gambar Manusia
di atas Gambar Pemandangan


Tutorial 2 :
Tutorial Untuk Melukis Titisan Air
di Atas Daun



Tutorial 3 :
Tutorial Untuk Mencipta
Bola Kristal



Tutorial 4 :
Tutorial Untuk Menjadikan Bendera
Tidak Berkibar Kepada Berkibar



Tutorial 5 :
Tutorial Untuk Membina Bingkai
Kabur di Keliling Imej


Pemilihan Banner Utama Sifu Photoshop

Pemilihan Header Banner adalah penting.

Setelah beberapa rekabentuk banner di buat,
 banner di bawah telah menjadi pilihan untuk laman web Sifu Photoshop.




Biar Sifu Tunjukkan Tekniknya adalah
slogan untuk laman web Sifu Photoshop.

Database




Database yang digunakan didalam pembangunan website Photoshop ini ialah admin, user, galeri, maklumbalas, pertanyaan, tools brush, tools font dan  tutorial .
  • Untuk table "admin" mengandungi data-data seperti nama, username, password dan email.
 
  • Untuk table "user" mengandungi nama, username, password dan email.

  •  Untuk table "maklumbalas" terdapat  admin dan  jawapan. Table maklumbalas ini digunakan untuk menyimpan semua maklumat pada "page" soal jawab.

  • Untuk table "pertanyaan" terdapat  id_user, id_pertanyaan, tajuk dan soalan. Table ini digunakan untuk menyimpan maklumat user yang ingin  bertanya soalan.

  •  Untuk table "tools_font" terdapat id_font, nama_font. Table ini digunakan untuk menyimpan link-link font yang boleh di download didalam website ini.



  • Untuk table "tools_brush" terdapat id_font, nama_font. Table ini digunakan untuk menyimpan link-link brush yang boleh di download didalam website ini.
 
  •   Untuk table "galeri" terdapat  nama, id_galeri, hasil kerja, dan id_user. table ini  digunakan untuk menyimpan maklumat yang terdapat pada "page" galeri.
  

  
   

Tab Page Mula Dibina !

Laman Web Sifu Photoshop nanti, akan diwakili oleh page-page utama seperti di bawah.
Semua button untuk page telah siap direkabentuk ! :)

Pemilihan warna button adalah mengikut warna tema laman web Sifu Photoshop,
iaitu Biru + Hitam. Menarik bukan ? ;-)




Tab: Laman Utama


Tab: Muat Turun


Tab: Soal Jawab


Tab: Tutorial


Tab: Galleri