Kitaran hayat pembangunan perisian datang dengan standard yang telah ditetapkan memenuhi keperluan pembangunan sesebuah web. Laman web juga dibangunkan dengan kaedah-kaedah yang tertentu dengan beberapa perubahan dalam proses pembangunan yang sedia ada. Antara kaedah yang telah dilaksanakan dalam pembangunan projek laman web Sifu Photoshop adalah seperti berikut.
1. Analisis dan Perbincangan
Antara perkara yang dititikberatkan dalam fasa ini ialah analisis pengguna yang akan menggunakan laman web ini. Mengikut analisa yang telah dijalankan oleh kami, laman web ini dapat membantu golongan "beginner" dalam menggunakan perisisan Photoshop CS5. Sasaran pengguna untuk laman web pembelajaran Adobe Photoshop ini adalah golongan remaja hingga dewasa. Isi kandungan laman web pembelajaran ini lebih tertumpu kepada pelajar sekolah, universiti serta pekerja yang ingin mempelajari dan mendalami ilmu berkaitan photoshop. Pengguna boleh melayari tutorial serta muat turun berbagai jenis "font" dan "brush" dari laman web ini. Tutorial yang akan dibangunkan ialah berasaskan video dan tutorial bacaan bagi memudahkan pengguna memahami. Pengguna juga boleh mengemukakan cadangan atau permintaan untuk tutorial yang mereka inginkan daripada pihak Admin laman web Sifu Photoshop.
Selepas menerima cadangan dan feedback dari pengguna, antaramuka laman web mula direka bentuk dan dibangunkan. Storyboard ialah hasil kasar menunjukkan bayangan tentang laman web yang akan dibangunkan. Untuk laman web Sifu Photoshop, kami menggunakan warna tema Biru dan Hitam serta font Tribuchet sebagai font utama laman web kami.
3. Penulisan kandungan laman web
Dalam fasa ini, segala kandungan laman web akan dibangunkan seperti halaman utama, tutorial video, tutorial bacaan, kandungan yang boleh dimuat turun, dan laman cadangan dan permintaan. Penulisan kandungan ini dilakukan dalam perisian Adobe Dreamweaver.
4. Coding Laman web
Sebaik sahaja kerja-kerja menulis kandungan selesai tugas seterusnya di tangan adalah Coding Laman Web. Sekarang adalah masa untuk pengaturcara laman web untuk menambah kod di dalam laman web tanpa mengganggu reka bentuk. Dalam laman web ini, pengaturcara akan menambahbaik kandungan laman web dengan fungsi-fungsi yang tertentu pada laman tertentu. Database juga dimasukkan ke dalam laman web.
5. Percubaan laman web
Dalam fasa ini, laman web yang telah dibangunkan diuji keberkesanannya. Coding yang telah dilaksanakan diuji supaya tiada error.
6. Pengujian dan Penyelenggaraan
Analisis dilakukan sekali lagi, dan ulang semua pembangunan langkah-langkah kitaran hayat laman web. Laman web diselenggara dan segala update terbaru akan dimasukkan dan dipaparkan mengikut turutan tarikh.
No comments:
Post a Comment