Proposal Projek


1.0 Tajuk

Website pembelajaran Adobe Photoshop

2.0 Nama kumpulan

Kumpulan Sifu-sifu
Terdiri daripada :-
Bil. Nama No.Matrik
1 Nuranwar bin Hairi A139066
2 Shahrul Azwan bin Che Daud A138275
3 Nur Shuhada binti Hisham@Hassan A139158
4 Nurul Nadia binti Iskandarshah A139131
5 Farahhin binti Yahya A139164

Blog : http://sifuphotoshop.blogspot.com/

3.0 Pendahuluan

Penggunaan software untuk tujuan rekabentuk seperti Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Adobe InDesign dan banyak lagi semakin meluas sekarang. Banyak permintaan daripada industri atau syarikat-syarikat dalam bidang Teknologi Maklumat menginginkan individu yang mempunyai kemahiran dalam menggunakan software seperti yang telah dinyatakan. Lebih-lebih lagi jika syarikat itu membangunkan projek-projek multimedia.
Tidak semua sesi pembelajaran memerlukan individu untuk menghadiri kelas. Cukuplah jika individu tersebut mempunyai minat untuk belajar dan bersungguh-sungguh. Oleh itu, pembangunan website untuk pembelajaran Adobe Photoshop bertujuan membantu golongan yang mempunyai minat dalam bidang editing, tetapi tidak tahu di mana hendak belajar.

4.0 Objektif

i. Untuk membangunkan satu website berbentuk pembelajaran dalam bidang Adobe Photoshop.
ii. Untuk membantu sesiapa sahaja yang inginkan bimbingan untuk menggunakan perisian Adobe Photoshop.
iii. Untuk membuka satu ruang seperti forum yang membolehkan sesiapa sahaja bertukar-tukar pendapat dan idea dalam bidang rekabentuk grafik menggunakan Adobe Photoshop.

5.0 Sasaran Pengguna

Sasaran pengguna untuk Website pembelajaran Adobe Photoshop ini adalah golongan remaja hingga dewasa. Isi kandungan website pembelajaran ini lebih tertumpu kepada pelajar sekolah, universiti serta pekerja yang ingin mempelajari dan mendalami ilmu berkaitan photoshop.

6.0 Ringkasan/Skop Projek

Dengan kemajuan teknologi yang meningkat dalam dunia siber, World Wide Web menjadi sumber maklumat dan mempunyai begitu banyak informasi yang boleh dipelajari dalam kehidupan sebenar. Pembelajaran secara atas talian (on-line) adalah kaedah pengajaran melalui Internet, dalam suasana digital atau tetapan rangkaian di mana pengajar dan pelajar dibahagikan oleh jangka masa dan mereka tidak berinteraksi secara fizikal. Tutorial atas talian adalah satu contoh pembelajaran secara atas talian pada hari ini. Ia dilaksanakan menggunakan pelbagai kaedah dan cara. Melalui tutorial atas talian, juga dikenali sebagai e-pembelajaran (e-learning) dapat memberikan sesiapa sahaja peluang untuk belajar pelbagai ilmu di mana sahaja dengan bantuan capaian internet.
Oleh itu, konsep yang ingin kami bangunkan dalam projek Pengaturcaraan Web ini ialah sebuah laman web yang mempunyai kombinasi antara tutorial atas talian tentang cara-cara penggunaan perisian Adobe Photoshop, perkongsian maklumat atas talian dan juga laman untuk memuat turun alatan (tools) yang boleh digunakan dalam perisian Adobe Photoshop.Antara inisiatif yang akan diambil bagi membina laman web bersandarkan tutorial ini, kami akan membekalkan beberapa medium kepada pengguna seperti tutorial video, tutorial bacaan dan membolehkan pengguna untuk berkongsi hasil karya, pengalaman dan masalah dalam penggunaan perisian Adobe Photoshop secara forum dan live chat.


7.0 Analisis keperluan

1. Pengguna memerlukan suatu medium yang membantu proses pembelajaran Photoshop yang lebih interaktif berbanding pembelajaran menggunakan buku supaya dapat mengekalkan lebih maklumat dalam penggunaan Photoshop.
2. Pengguna memerlukan suatu proses pembelajaran Photoshop yang membolehkan mereka tidak terikat dengan jadual waktu yang padat dan lokasi yang terhad.
3. Pengguna yang agak berumur tidak begitu berminat untuk bertemu secara fizikal dengan tutor mereka. Sebaliknya mereka lebih gemar mencari tutorial secara on-line sahaja.
4. Pengguna lebih cenderung untuk melayari laman web yang boleh memudahkan mereka meminta bantuan secara on-line, membuat pertanyaan atau berkongsi hasil karya Photoshop di dalam satu laman web sahaja.
5. Pengguna cenderung untuk mempelajari sesuatu perkara tanpa perlu melibatkan kos yang banyak. Tidak seperti pembelajaran secara tusyen, tutorial on-line membantu proses pembelajaran tanpa perlu melibatkan kos yang banyak.

8.0 Rekabentuk dan Kandungan

Sebagai sebuah laman web yang berbentuk pembelajaran, rekabentuk yang ingin kami terapkan dalam pembinaan laman web ini sudah tentulah bersifat ringkas dan teratur. Susun letak setiap eleman berperanan dalam memudahkan interaksi antara pengguna dan web. Kami menjadikan beberapa laman web tutorial yang tersedia sebagai contoh.
Kebanyakan laman web ini menggunakan elemen rekaan yang minimalis dan ringkas. Rekaan seperti ini bertujuan menarik minat pengguna terus kepada kandungan web. Selain itu, sebagai sebuah laman web tutorial Photoshop, sudah tentu hiasan yang digunakan perlu menunjukkan kepakaran kami menggunakan Photoshop. Sedikit sebanyak ini akan memberi tarikan yang efektif kepada pengguna dalam menjelajahi setiap kandungan di dalam laman web kami.
Laman web tutorial ini akan terbahagi kepada beberapa jenis tutorial yang biasa digunakan. Dua kategori utama adalah tutorial bergrafik dan juga tutorial video.
Untuk tutorial bergrafik, isi kandungan yang akan dimasukkan merupakan arahan-arahan dalam bentuk teks yang akan disusuli dengan grafik penghasilan sesuatu subjek atau topik pembelajaran. Manakala untuk tutorial video pula, video berkaitan topik pembelajaran
akan dibenam terus ke dalam post kandungan melalui video hosting yang biasa digunakan iaitu Youtube.
Kandungan di dalam video ini merupakan paparan screen capture komputer yang menunjukkan kaedah penghasilan sesuatu subjek yang akan dipersembahkan secara langsung kepada pengguna. Elemen audio iaitu suara pengajar turut dimasukkan bagi memberi lebih kefahaman kepada pengguna terhadap arahan-arahan yang disampaikan.
Bagi memudahkan interaksi antara pengguna dan admin, kami akan mewujudkan ruangan chatbox dan forum. Melalui ruangan ini juga, pengguna turut boleh berinteraksi dengan pengguna-pengguna lain untuk berkongsi pandangan, ilmu dan sebagainya. Selain itu, pengguna turut boleh berkongsi bahan kandungan yang kami hasilkan ke laman-laman sosial popular melalui butang yang kami sediakan.
Sebuah laman web tutorial sangat mementingkan kefahaman pengguna terhadap kandungan yang disampaikan, oleh itu kami akan menggunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahami kepada pengguna. Kami memilih untuk menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan di dalam laman web ini kerana kurang atau mungkin tiada laman web seumpama dibangunkan di dalam bahasa ini. Kami mengambil contoh laman web Amanz yang merupakan laman web teknologi dan IT di dalam bahasa Melayu yang cukup popular di Malaysia.
Semenangnya terdapat banyak pilihan laman web tutorial berbahasa Inggeris di internet, tetapi tidak dalam bahasa Melayu selain ia sangat terhad dan sukar ditemui. Sekiaranya ada pun ia tersorok didalam bebenang forum-forum dan bukannya dipersembahkan dalam bentuk laman web. Oleh itu, kami memberi pilihan kepada individu yang ingin belajar mengenai Photoshop melalui laman web yang akan kami bangunkan kelak.



9.0 Milestone ( Gantt Chart)


5 fasa pembangunan laman web telah digunakan sebagai asas yang dimasukkan
Dalam Gantt Chart. Ini bagi menunjukkan milestone projek dengan baik.

5 Fasa tersebut adalah:-
Fasa 1 : Analisis & Perancangan
Fasa 2 : Rekabentuk
Fasa 3 : Pembangunan
Fasa 4 : Pengujian
Fasa 5 : Pengemaskinian


Berikut Gantt Chart yang dimaksudkan. Gantt Chart dibangunkan adalahmenggunakan perisian Toms Planner. Ia adalah alternatif yang baik selain menggunakan Microsoft Project.



10.0 Rujukan 1. http://psd.tutsplus.com/ 2. http://psdlearning.com/ 3. http://amanz.my/

No comments:

Post a Comment